Kisah CiNta IsLaMik~ CiNta Salman AL-Farisi
Assalammualaikum..
hari ni aku nak share satu kisah
cinta islamik gitu yg boleh memberi teladan dan pengajaran pada
kita..memang best baca cerita ni..so apa lagi jom sama2 kita
baca..Korang pernah baca atau mendengar kisah islamnya Salman
Al-Farisi?Kisah pengembaraan Salman Al-Farisi dari satu tempat ke satu
tempat yg lain untuk mencari agama yang benar,agama Islam. Beliau
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran..Sebagaimana
hebatnya kisah pengembaraan Salman Al-Farisi mencari islam,agama yang
benar,begitulah juga kisah cinta Salman Al-Farisi.
Kisahnya
begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan
separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis
solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti dibibir para pemuda di Kota
Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta
para bidadari di Syurga. Wanita Solehah itu telah menambat hatinya
untuk menuntun karya2 indah bak lakaran pelangi..penuh warna dan
cinta...
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
"Subhanallah..Alhamdulilah"terpancut
kata-kata dari mulut Abu Darda, tanda ta'ajub dan syukur di atas niat
suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya
dalam hal baik sebegini. Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah
yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
"Saya
adalah Abu Darda dan ini adalah saudara saya Salman Al-Farisi. Allah
Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan
Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di
sisi Rasulullah S.A.W hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai
sebahagian daripada ahli bait-nya.Saya datang untuk mewakili saudara
saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya" berkata Abu Darda
kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan
indah.
"Menerima kalian berdua sebagai tetamu,
sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat
kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami
bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama. Akan tetapi
hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan
anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk
memperhitungkannya" wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab,
di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
"Silakan tuan..." balas Abu Darda.
Selepas
beberapa minit berlalu, datangla walinya memberi kata pemutus daripada
sang puteri kesayangannya. "Maafkan kami di atas apa yang saya akan
katakan"
"Kerana kalian tetamu terhormat kami,
sahabat baginda S.A.W yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha
Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak
pinangan Salman. Namun jika Abu Darda mempunyai hajat yang sama, puteri
kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur" kata-kata wali
wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman Al-Farisi malah
menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
Subhanallah.. jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda
sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman
Al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi/tempat Salman
Al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap
membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman
Al-Farisi:
"Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah
memilih teman baik saya sebagai pengganti" dengan penuh rasa kebesaran
Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil. "Semua
mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada
Abu Darda, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi
pernikahan bersejarah kalian!" air mata kasih dan syukur membening
suasana redup di suatu petang itu.Itulah jawapannya..reaksinya telah
melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati..sejatinya dia bukan
kerana dia sahabat nabi S.A.W yang utama tetapi rahmat kasih sayang
Illahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus Memberi..
Salman
Al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu
Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak
menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi
mulia sahaja iaitu Memberi. MemBeRi tidak bererti mengurangi apa yang
ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki..tidak haloba dengan apa
yang tiada. Salman Al- Farisi yang sangat mulia darjatnya disisi
Rasulullah itupun diuji sedemikian hebat apabila pinangannya ditolak dan
tambah mengejutkan lagi, teman baiknya yang dijadikan orang tengah itu
yang menjadi pilihan si gadis solehah. Itulah bukti akhlak Islamiyyah
yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita sebaik
sahaja apabila diuji atau menerima sesuatu berita yang kurang
menyenangkan. Jika kita sedikit terkilan dan rasa nak marah pada
mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang
terbaik lagi. Tapi reaksi pertama yang hadir tanpa kita berfikir
panjang itu adalah aras ukur tahap akhlak kita yang sebenarnya. Sebabnya
reaksi itu hadir secara semulajadi dan yang semulajadi itulah akhlak
kita yang sebenarnya..
No comments:
Post a Comment