1.Ikhlas
Menuntut ilmu tidaklah
untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan
orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah
SWT.
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa
yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki
menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat
duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Berkata Imam Syafie :
"Siapa
yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri,
sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan
membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada
kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]
Kata Abu Hurairah ra:
"Tidak
ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak
meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka
sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan
Baihaqi]
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami
disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari
ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar
perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak
rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab
Fadhlu al Ilmi m/s 222]
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata
air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka.
Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang
berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir
malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 –
18]
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."
No comments:
Post a Comment