Rasulullah SAW telah memuji seorang wanita solehah yg telah
memainkan peranan yg tepat dan patut dicontohi oleh semua wanita di
akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah wanita pertama
masuk syurga. Sedangkan dia adalah seorang wanita miskin, tidak
terkenal, tggl pula di hjg kampung. Diriwayatkan pada suatu hari
Rasulullah SAWmemberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita
miskin tggl di hjg Kota Madinah, sbg wanita yg mulia di sisi Allah ia
akan masuk ke syurga lebih dahulu drp Fatimah.
Mendengar
cerita itu, Fatimah sgt ingin melihat dan berkenalan dgn wanita
solehah yg dimaksudkan oleh ayahandanya itu. Apakah amalan yg telah
dilakukan sehingga mendapat penghormatan yg begitu tggi dari Allah.
Setelah mendapat penerangan ttg tmpt tggl wanita itu, Fatimah pun pergi
ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan drp SaidiNa Ali
r.a. Setibanya Fatimah di rumah wanita tersebut, beliau begitu
terperanjat krn wanita itu tidak membenarkan ia masuk ke rumah krn ia
belum meminta izin dari suaminya yg pergi bekerja. Dengan perasaan
tenang Fatimah pulang setelah dinasihatkan supaya dtg esoknya krn dia
akan meminta kebenaran dari suaminya membenarkan Fatimah masuk ke rumah
sekiranya diberi izin oleh suaminya.
Pada
keesokan harinya, Fatimah datang lagi tetapi kali ini bersama dua org
anaknya Hasan dan Husin. Entah kenapa tergerak hatinya utk membawa
anaknya. Sekali lg dia terperanjat krn wanita itu menolak kedatangannya.
Kata wanita itu,
“Saya hanya diberi izin oleh suami saya utk puan seorg sahaja, sdgkan bersama puan ada 2 org lg yg belum diizinkan suami saya”.Wanita itu memohon berbyk-byk maaf krn x dpt membenarkan Fatimah dan 2
org anaknya masuk ke rumah. Terpaksalah Fatimah pulang sekali lg dgn
perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya
lebih2 lg amanah Allah yg menyuruh taat kpd suami.
Pada
kali ke-3 kedatangan Fatimah disambut dgn baik oleh wanita itu dan
tidak putus2 meminta maaf atas apa yg berlaku, ia berkata:
“Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya”.
Dia
melayan Fatimah dgn sebaik-baiknya, menyediakan hidangan yg termampu
olehnya. Senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin
harta tetapi kaya dgn budi bahasa, sopan santun dan berakhlak.
Kata-katanya lembut dan tidak gopoh. Rumahnya teratur, bersih dan kemas,
mmg sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan barang2 antik.
Setelah
hari hampir petang, wanita itu meminta izin drp Fatimah utk melakukan
sesuatu. Beliau meminta izin ke dapur dan menyediakan segelas air,
sepiring makanan dan sebatang tongkat dan diletakkan di tepi dinding
berhampiran dgn muka pintu. Setelah itu ia masuk ke dlm bilik, Fatimah
hanya memerhatikan saja tingkah lakunya. Tidak lama kemudian ia keluar
dri bilik dgn pakaian yg cntik, rambut diandam serta wajahnya
berseri-seri disertai dgn bau yg amat harum. Ia kemudian pergi ke ambang
pintu dan berdiri seolah-olah menanti seorang tetamu yg akan tiba.
Sedikit pun dia tidak menghiraukan tetamunya yg ada di dlm rumahnya yg
memerhatikan gelagatnya. Fatimah hairan melihat gelagat perempuan itu
lalu bertanya:
“Mengapa puan berkeadaan yg agak aneh ini?’”.
“Saya sebenarnya sedang menanti kepulangan suami saya. Biasanya disaat inilah ia pulang dr bekerja,”jawabnya kepada Fatimah yg masih dlm kebingungan.
“Apa pula kaitan dgn air dan makanan serta tongkat yg puan letakkan di tepi dinding itu,” tanya Fatimah lgi.
“Air
ini disediakan kalau dia dahaga, terus sahaja saya berikan tanpa saya
membuang masa pergi ke dapur dan suami saya tidak lg tertunggu-tggu.
Makanan ini saya sediakan kalau suami saya lapar. Dan tongkat ini
disediakan kalau saya didapati bersalah oleh suami saya, akan saya suruh
ia pukul sebagai denda di atas kesalahan saya.”
Fahamlah
Fatimah, seterusnya ia bertanya lagi. Mengapa pula puan bersolek dan
berpakaian yg sgguh ghairah setelah itu pergi ke tepi pintu dan
mengangkat kain pada hal menampakkan aurat adalah haram?
“Saya
berbuat demikian adalah semata-mata utk suami saya. Kalau ia melihat
saya berkeadaan begini di waktu ia berkeinginan maka mudahlah ia
menyampaikan maksudnya,” jelas wanita tersebut.
Kini fahamlah dia, itu rupanya amalan yg dilakukan oleh wanita itu yg mendapat kemuliaan dari Rasulullah.
Sebenarnya,
sememangnya Fatimah adalah seorang wanita yg paling mulia di dunia.
Beliau akan menjadi ratu di syurga nanti. Manakala wanita yg tersebut
dlm kisah ini akan menjadi pengiringnya. Beliau yg mula-mula masuk ke
syurga krn beliau ditugaskan utk menjadi penarik tali kuda Fatimah. Jadi
dgn demikian beliaulah mula-mula masuk ke syurga. Inilah sebenarnya yg
dimaksudkan oleh Rasulullah.
Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud:
“Wahai
anakku Fatimah, perempuan manapun yg beribadah spt ibadah Siti Maryam
bin Amran, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, maka Allah tidak akan
menerima ibadahnya”.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Seorang wanita yg solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yg tidak soleh”.
No comments:
Post a Comment