Mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita. Resah,Gelisah,Seraut
wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang
saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan
prasangka. "Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal
gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
Mungkin
begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum
berpunya. Rasa rendah diru, stress dan gejolak rasa ingin memiliki
membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa
mengenal batas halal dan haram. Yang penting,dapat.
Pilu
hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun
mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak
mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tidak serik-serik lagi.Diri
diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta
cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Oh, remaja!
Cinta
sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika
mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah
tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan
maksiat.
Mana mungkin dapat menegakkan
tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga
akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak
rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai
hukuman di dunia.Amat pedih. Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya
hukuman abadi di negeri sana.
Ku hembus nasihat ini kepadamu hai
remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum
berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara
sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan
risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi
ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.
Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu
juga buat pemuda yang belum berpunya, " first thing first". Utamakan
yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda
sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan
berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah
betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah
ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan
sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus
asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan
pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap
usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat,
usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan sms siang malam? Atau
bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan?
Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya
terlebih dahulu, itu tips memikat wanita solehah dan beriman.
Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan
iman.Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki
gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup di redah, curam dan jurang
sabar ditempuh. Namun,apabila dia memilikinya, di dapati insan yang
dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya
usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah,
urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh
Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti,sama ada
kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment